Blogger Layouts

kenali & fahami mereka..berikan peluang mereka..mereka punya potensi tersendiri

Monday, March 5, 2012

AKU BENAR-BENAR INGIN BERKAHWIN, TAPI ...... -by acu-

Pernikahan, adalah saat penting bagi setiap orang. Termasuk juga diriku. Setelah sekian lama, aku berharap kejadian suci itu akan terjadi dalam hidupku.


AKU BENAR-BENAR INGIN BERKAHWIN, TAPI ...
AKU BELUM BOLEH MEMANTASKAN DIRIKU DENGAN KEIKHLASAN KERANA ALLAH, UNTUK SEBUAH PENGABDIAN KEPADA SEORANG LELAKI. YA, LELAKI YANG NANTINYA AKAN MENJADI SUAMIKU. SEMUA KERANA MASIH BESARNYA EGOKU, DAN SUSAHNYA DIRIKU, BAHKAN UNTUK SEKADAR MENYENANGKAN ORANG LAIN. YANG ADA MALAH, AKU INGIN SELALU DIMANJAKAN DAN DISENANGKAN.

TIADA ISTILAH KEMAKLUMAN BAGIKU ATAS DIRI ORANG LAIN. KERANA ITU SUNGGUH SANGATLAH SUKAR UNTUK KU LAKUKAN. TIDAK ADA ISTILAH `KITA` DALAM HIDUPKU, YANG ADA ADALAH, KAMU DAN AKU.

AKU INGIN BERKAHWIN, TAPI ... AKU BELUM BOLEH DAN BELUM TERBIASA UNTUK BERKONGSI. BAGIKU, SEMUA MILIKKU ADALAH MILIKKU, DAN MENURUTKU ORANG LAINPUN PERLU BERUSAHA SENDIRI UNTUK MENDAPATKAN SESUATU YANG KEMUDIAN AKAN MENJADI MILIK MEREKA.

AKU INGIN BERKAHWIN, TAPI ... AKU BELUM BOLEH BERSABAR. AKU SUDAH TERBIASA MELUAHKAN EMOSIKU ATAS APA-APA YANG AKU MAHU DAN YANG AKU SUKA. YANG AKU MAHU ADALAH, ORANG LAIN BERSABAR ATAS APA ADANYA AKU. YANG AKU MAHU ADALAH, ORANG LAIN SELALU MEMBENARKAN APA-APA PENDAPATKU, SERTA MENURUTINYA.

AKU INGIN BERKAHWIN, TAPI ... AKU BELUM BOLEH BERSIKAP LEMBUT.BUATKU, LEMBUT ADALAH LEMAH. DAN MENURUTKU, WANITA LEMBUT ADALAH SERUPA DENGAN KETIDAK MAMPUAN MEREKA UNTUK MELAWAN DAN HANYA SEKADAR MENURUTI KEINGINAN ORANG LAIN.

AKU INGIN BERKAHWIN, TAPI ... AKU ADALAH PERIBADI YANG SUSAH UNTUK DIPERCAYAI. BAGIKU KEBURUKKAN SESIAPA, KECUALI DIRIKU SENDIRI.. ADALAH SESUATU YANG ENAK UNTUK DIBICARAKAN DAN BAGIKU ITU ADALAH HIBURAN. KADANG AKU BERTANYA PADA DIRI SENDIRI, LALU BAGAIMANA JIKA NANTI SUAMIKU MEMPUNYAI KEKURANGAN YANG JELAS-JELAS AKU AKAN TAHU .. ENTAHLAH, YANG AKU TAHU AKU HANYA INGIN BERKAHWIN.

AKU INGIN BERKAHWIN, TAPI AKU BELUM BOLEH TAMPIL INDAH BAGI ORANG LAIN. MENURUTKU, ORANG LAIN HARUS MENERIMA APA ADANYA AKU. JIKA MEREKA TAK MENYUKAINYA, ITU HAK MEREKA DAN BUKAN URUSANKU. DALAM FIKIRANKU, KRITIK ADALAH TUNTUTAN ORANG LAIN ATAS AKU, DAN SAMA SEKALI AKU TIDAK SUKA ITU.

AKU INGIN BERKAHWIN, TAPI AKU TAK TAHU ATAS NIAT APA AKU INGIN BERKAHWIN. YANG AKU TAHU, AKU HANYA MEMERLUKAN SESEORANG YANG AKAN MENDAMPINGI AKU. PALING TIDAK SUPAYA AKU TIDAK MENDAPAT JOLOKAN `TIDAK LAKU` .. SAHAJA. DAN AKU TIDAK MAHU DIRIBETKAN DENGAN RENTETAN TUNTUTAN DAN KEWAJIPAN DARI SEBUAH PERKAHWINAN. YANG AKU TAHU, AKU HANYA INGIN BERKAHWIN.

AKU INGIN BERKAHWIN, TAPI ... MUNGKIN SEBAIKNYA AKU BERTANYA KEPADA DIRIKU SENDIRI DAHULU, AKU MEMANG INGIN BERKAHWIN, TAPI APAKAH AKU SUDAH BENAR-BENAR MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK BERKAHWIN?See more
by: KELAB ANAK JATI PERAK DARUL RIDZUAN

Wednesday, February 1, 2012

wahai kaum HAWA mana satu PILIHAN anda??

Darjat Seorang Isteri.

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.


Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Wanita yang paling besar mendatangkan keberkatan adalah mereka yang paling mudah mengurus, memberi belanja (rumah)." [Hadith Riwayat Ahmad]

KETERANGAN;

1. Jika seorang wanita telah diberi belanja oleh suaminya, sekadar mampunya maka dibelanjakannya dengan bijaksana dan berhemah, sehingga dapat mencukupkan apa yang ada, dengan tiada umpat cela.

2. Atau, jika dia mempunyai harta sendiri, dinafkahkannya untuk menambah keperluan rumahtangga, maka itulah wanita paling besar membawa keberkatan rumah tangga.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa dibulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada mana-mana pintu yang ia kehendaki." [Hadith Riwayat Al-Bazzar]

24 perkara JANGAN dilakukan

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara – perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.
Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga.
Wallahuallam.

Saturday, December 24, 2011

TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR... !

♥ Malas angkat telefon..
♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja..
♥ Bila ajak keluar, asyik busy memanjang..mcm lar dia YB..!
... ♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati..
♥ Mula menggelakkan diri dari bejumpa..
♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus..
♥ Bila dah janji date, tapi lupa nak datang.alasan lapuk diberi.lupa larr.tertido
♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
♥ Taip sms pun pendek2 jer..
♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!!
♥ Bagi alasan.'awak nie terlalu baik untuk saya.saya tak layak untuk awak.'
.masa ngorat kita dulu xda pulak timbul hal tu..!
♥ Bila ajak jumpa parent, macam2 cara dia cuba menggelak..
♥ Dah jumpa parent pun alasan banyak,nak cakap hal “kahwin” kejap ja dia
tukar topik..
♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu..
♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!
♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah .taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang..
♥ Dulu sanggup tolak ajakan kawan semata-mata nak keluar dengan kita.. tp
sekarang dah terbalik..
♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas..

Monday, October 10, 2011

~surat utk calon suamiku~

Assalamu'alaikum Warahmarullahi Wabarakatuh.
Kehadapan calon suamiku...
Apa khabarnya imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini?
Sudahkah air wudhuk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam?


Wahai Calon Suamiku...

Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dasyatnya? Disini aku dilatih untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak. meskipun kadang kala keluh dan putus asa menghampiri, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.

Kadangkal aku tertanya-tanya, mengapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawapannya. Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian insya-Allah membuat aku menjadi kuat, sehingga ketika kelak kita bertemu, engkau berbangga memiliki aku dihatimu, menemani harimu.

Calon Suamiku...

Entah dimana dirimu sekarang. Tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat, hingga aku berbangga memilikimu kelak. Apa yang kuharapkan daripadamu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang engkau harapkan daripadaku, hanya kesia-siaan yang engkau dapatkan.

Aku masih hauskan ilmu. Namun berbekalkan ilmu yang ada ketika ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredaan Allah dan dirimu, Suamiku.

Wahai Calon Suamiku...

Ketika aku masih dibawah jagaan ayah dan bundaku, tidak lain doaku agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadari, mendampingi dirimu yang soleh.

Aku ini seorang pencemburu. Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripada aku, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu.



Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah; "Aku minta pada Allah serangkai bunga segar, Dia memberiku kaktus yang berduri. Aku minta kepada Allah haiwan yang kecil dan cantik, Dia memberiku ulat bulu. Aku sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini.

Namun kemudian kaktus itu berbunga indah. Dan ulat pula berubah menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah Allah, Dia tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan."

Aku yakin engkaulah yang aku perlukan, meskipun bukan seperti yang aku harapkan.

Calon Suamiku yang dirahmati Allah...

Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, tidak akan kunamakan ini gubuk derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.

Ketika kelak lahir generasi penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita, bantu aku mendidiknya dengan harta yang halal dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah. Bunga akan indah pada waktunya, Ia akan mekar menghiasi taman. Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersedia menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tetapi setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak.

Calon Suamiku...

Inilah sekilas harapan ku ukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang kuhadapi kini. Kelak bila kita bersama, di situlah engkau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.

Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap waktu, hingga aku hembuskan nafas yang terakhir.

Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

~untuk yang akn mendampingiku~

Letih,
mungkin itu yang akan aku rasa
mencarimu dalam bayang
tidak pernah bertemu hingga melayang

Melayang,
melayang angan terbuai usia
bergerak naik menuju ke pusara
tidak henti terus mencari
tambatan hati yang dinanti-nanti


Kuberdoa pada pemilik hati
yang menggengam nyawa dan nasib diri ini
apabila dia membaca tulisan ini
semoga hatinya boleh menjadi hati yang suci

Mungkin selama ini aku terlalu memilih
atau mungkin tiada yang dipilih
semuanya menjauh
tidak terlihat dan tidak tersentuh

Kini segalanya harus dimulakan
dari niat tulus yang tidak ternilai
telalu mulia untuk dinilai
terlalu tinggi untuk dituai

Dalam sujud hati
kami berdoa pada ilahi
agar segera bertemu kekasih hati
yang menemani kami ke syurga abadi
aku benar-benar tidak tahu
apakah kamu atau siapa pendampingku
namun jika memang sudah takdirku
semoga hatiku boleh bersanding dengan hatimu...