Blogger Layouts

kenali & fahami mereka..berikan peluang mereka..mereka punya potensi tersendiri

Thursday, December 31, 2009

???

Kau seorang perempuan..

Seorang yang tergolong dalam kaum Hawa..

Sama seperti ku..

Mempunyai perasaan yang sama..

Ingin dikasihi dan disayangi..

Tidak sanggup berkongsi kasih..

Tidak mahu dicurangi..

Oleh seorang insan yang bergelar lelaki..

Niat ku baik..

Ingin berkawan denganmu..

Tapi..

Mengapa dirimu tidak seikhlas diriku..

Atas nama kawan..

Kau tetap menaruh harapan..

Memiliki insan yang telah kumiliki..

Tidak berputus asa..

Kau menggoda dirinya..

Kau letakkan maruah dirimu di tangga terbawah..

Kau sanggup menggadaikan tubuhmu..

Kau sanggup menawarkan dirimu…

Hanya untuk memiliki lelaki..

Yang bukan lagi milikmu..

Tetapi milikku..

Sudahlah..sedarlah..fikirlah..

Janganlah kerana lelaki itu..

Kau sanggup mengadaikan maruah dirimu..

Cukuplah..

Berikanlah kebahagiaan kepadaku..

Biarkanlah diriku dengan lelaki itu..

Pergilah..

Tinggalkanlah lelaki itu dari hidupmu..

Tinggalkanlah lelaki yang ku sayangi..

Sesungguhnya hanya itu yang kumohon dari dirimu..

Wahai perempuan….

perempuan itu..

Bagitau pada perempuan itu..
Betapa aku membencinya..
Kehadirannya membuatku derita....
Aku kehilangan segalanya....
Semua kerana dia!!!!

Beritahu pada perempuan itu
Hadirnya tidak pernahku undang....
Perginya ku alukan....
Kerna aku tak mahu lagi tanggung derita
yang dihadiahkan olehnya....

Beritahu pada perempuan itu....
Diam tak bererti kalah.
Diam juga tak semestinya lemah...
Namun menunggu masa kerana yakin....
Tuhan Maha berkuasa...
Membantu hambanya yang teraniaya...

Tuesday, December 29, 2009

bingkisan hati

Di subuh nan sunyi

Fajar menyingsing lagi

Ayam jantan berkokok lantang

Bermula tugas saban hari

Matahari…

Sinarannya memancar menyinari

Kesiangan,..

Hangat membakar di segenap ruang hati

Persis membakar semangat yang membara

Untuk Berjaya

Hujan….

Menerjah membasahi dada bumi

Tiba-tiba..

Menjelma sang pelangi

Yang membiaskan cahaya

Tatkala aku berputus asa

Bersungguh-sungguh melemparkan

Kata perangsang

Menjadikan aku tabah mengharungi

Roda kehidupan

Dan menyedarkan aku betapa

Susahnya

Untuk berdiri di atas kaki sendiri

Di keheningan malam nan sunyi

fikiranku melayang lagi

dibawa angin semalam

merenung nasib diri

akal sering mengungkap kata

manyanggah nawaitu hati

syaitan pula mencari peluang untuk

memusnahkan impian yang pasti

justeru,kepantasan minda

berusaha mencari arah

menuju ke puncak destinasi

setiap detik ku berdoa

meminta keredhaan ilahi

mencari damai abadi

mencuba memperbaiki diri…

secebis rintihan buat palestin

Kota itu bergolak lagi

Dihimpit luka

Diselubungi kabus hitam

Dibelenggu awan pilu

Dikepung zionis durjana

Kejam!

Begitu rakus menghirup darah

Insan-insan yang tidak berdosa

Puak zionis talam dua muka

Terus-menerus menyembunyikan kebenaran

Mengkhabarkan berita palsu

Berkiblatkan nafsu!

Ramai yang terkorban

Dihujani senjata tak bermata

Peluru bersimpang siur

Bom berdentum-dentum

Mayat bergelimpangan

Pekikan melolong, marah, benci bercampur baur

Ya Allah….

Bantulah saudara-saudaraku di bumi palestin

Hapuskanlah puak zionis yang kejam

Sesungguhnya

Saati itu akan tiba

Nasib saudara-saudaraku akan terbela

Kerana kitabmu tak mungkin berdusta….

Monday, December 28, 2009

kasih itu..

Abstraknya kasih sayang Itu tidak pernah terpancar

Ditenggelami dek anasir-anasir luar

Kenapa wujud kasih sayang

Andai pencariannya menuntut usaha yang tinggi

Kasih sayang tidak terbeli dengan wang ringgit

Walaupun dihadapkan dengan seribu lakonan duniawi

Adakah kasih sayang ini

Bererti buat Insan yang tidak mengenali maknanya

Dalam kepayahan itu

Manusia tetap masih mencari dan tercari

Apa ertinya kasih sayang

Perasaan yang dikurniakan-Nya kepada kita

Sudah cukup membuatkan kita mengenali maknanya

Jika dicari dengan mata

Bukan hati yang mati.