Kota itu bergolak lagi
Dihimpit luka
Diselubungi kabus hitam
Dibelenggu awan pilu
Dikepung zionis durjana
Kejam!
Begitu rakus menghirup darah
Insan-insan yang tidak berdosa
Puak zionis talam dua muka
Terus-menerus menyembunyikan kebenaran
Mengkhabarkan berita palsu
Berkiblatkan nafsu!
Ramai yang terkorban
Dihujani senjata tak bermata
Peluru bersimpang siur
Bom berdentum-dentum
Mayat bergelimpangan
Pekikan melolong, marah, benci bercampur baur
Ya Allah….
Bantulah saudara-saudaraku di bumi palestin
Hapuskanlah puak zionis yang kejam
Sesungguhnya
Saati itu akan tiba
Nasib saudara-saudaraku akan terbela
Kerana kitabmu tak mungkin berdusta….
No comments:
Post a Comment