Kau seorang perempuan..
Seorang yang tergolong dalam kaum Hawa..
Sama seperti ku..
Mempunyai perasaan yang sama..
Ingin dikasihi dan disayangi..
Tidak sanggup berkongsi kasih..
Tidak mahu dicurangi..
Oleh seorang insan yang bergelar lelaki..
Niat ku baik..
Ingin berkawan denganmu..
Tapi..
Mengapa dirimu tidak seikhlas diriku..
Atas nama kawan..
Kau tetap menaruh harapan..
Memiliki insan yang telah kumiliki..
Tidak berputus asa..
Kau menggoda dirinya..
Kau letakkan maruah dirimu di tangga terbawah..
Kau sanggup menggadaikan tubuhmu..
Kau sanggup menawarkan dirimu…
Hanya untuk memiliki lelaki..
Yang bukan lagi milikmu..
Tetapi milikku..
Sudahlah..sedarlah..fikirlah..
Janganlah kerana lelaki itu..
Kau sanggup mengadaikan maruah dirimu..
Cukuplah..
Berikanlah kebahagiaan kepadaku..
Biarkanlah diriku dengan lelaki itu..
Pergilah..
Tinggalkanlah lelaki itu dari hidupmu..
Tinggalkanlah lelaki yang ku sayangi..
Sesungguhnya hanya itu yang kumohon dari dirimu..
Wahai perempuan….