kau digelar sebagai penyeri dunia,
hadirmu melengkap hubungan manusia,
bukan sahaja dirindui insan biasa,
malah..
adam turut sunyi tanpa hawa
akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu..
jua hatimu bak kaca yang rapuh..
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh..
tercipta engkau dari rusuk lelaki..
bukan dari kaku untuk dialasi..
bukan jua dari kepala untuk dijunjung..
tapi dekat di bahu untuk dilindung..
dekat jua dihati untuk dikasihi..
engkaulah wanita hiasan duniawi..
mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok..
begitulah peribadi yang dibentuk
didiklah engkau dengan keimanan..
bukannya harta atau kepujian..
kelak tidak derita mengharap pada yang binasa..
engkaulah wanita TERISTIMEWA~..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kunjungan malam buat sahabat , sudilah follow me and like my blog please :) ,add my facebook boleh juga:)
ReplyDelete